Cambridge English Placement Test di kalangan pelajar & Young Learning Programme Hira' 2016 setiap hari Selasa.

Dengan ini, kami ingin mengajak anak-anak tuan/puan untuk menyertai dan menjalani ujian penilaian Bahasa Inggeris dikalangan para pelajar yang di anjurkan oleh Al-Ikhlas Cambridge Group Sdn Bhd.

Tarikh : 19 April 2016
Tempat : SRIH (Kelas 3 AB)
Masa : 3.00 pm - 4.00 pm

Sila hubungi Prof Dr Noraiza Che Awang : 03-55100376 / 019-2249112 untuk maklumat lanjut.

penyertaan hendaklah dihantar sebelum 18/4/2016!!

IMG-20160414-WA0014IMG-20160414-WA0013 1IMG-20160414-WA0017

SDSB SRIH’ F08/001

17 Rabiulakhir 1437 / 27hb Januari 2016

Ibu bapa/Penjaga,

Murid SRI Hira’

Tuan/Puan,

PEMAKLUMAN PENDAFTARAN KEMASUKAN TAHUN SATU 2017.

Perkara di atas adalah dirujuk.

2. Adalah dimaklumkan bahawa pendaftaran Kemasukan Tahun Satu untuk tahun 2017 bagi anak-anak yang berwarganegara Malaysia telah dibuka sekarang.Tarikh tutup permohonan pada 30 hb. Jun 2016.

 

3. Sehubungan dengan itu diingatkan kepada semua ibu bapa/penjaga yang mempunyai anak yang lahir pada tahun 2010 layak untuk mendaftar masuk ke Tahun Satu 2017. Tuan/Puan boleh  mendaftar secara online di laman web www.hira.edu.my.

 

4.  Setiap permohonan perlu disertakan dokumen- dokumen seperti di bawah ini

            1. Satu salinan Surat Beranak

            2. Satu salinan Kad Pengenalan ibu bapa

            3. Wang proses tunai RM 5.00

            4. Satu salinan Slip gaji (Bagi pendapatan seisi keluarga bawah rm3000.00)           

5. Pihak sekolah juga berharap tuan/puan dapat mengambil berat tentang pendaftaran anak-anak supaya tidak timbul masalah kerana tempat adalah terhad.Sebarang permasalahan boleh menghubungi Puan Afizah/Puan Harmilah di talian 0333424880.

Segala kerjasama dan keperihatinan ibu bapa diucapkan Jazakallahu khairan kathiira.

Sekian dimaklumkan. Terima kasih.

Yang menjalankan amanah,

PUAN HJH WAN NORZILA BINTI WAN JAAFAR

GURU BESAR

s.k        PK HEM

            Fail SRIH

[Peringatan TERKINI & PENTING : Bahagian Kewangan Hira]

Ini adalah makluman peringatan pembayaran yuran daftar, tahunan & yuran bulanan Jan - Mac 2016 bagi anak - anak di Institusi Pendidikan Hira. Jika masih belum membuat bayaran yuran, mohon SEGERA dibuat selewat - lewatnya 10hb April 2016 melalui cara - cara berikut :

1) Perbankan Atas Talian (Online Banking).
2) Mesin Deposit Tunai (CDM).
3) Kaunter Bank.
4) Kaunter Pejabat Kewangan Hira.

Makluman bukti pembayaran boleh disalurkan melalui saluran - saluran berikut :

* WhatsApp : 019-2857595
* Telefon Pejabat : 03 - 33437595
* Fax Pejabat : 03 - 33437563
* Email : kewangan@hira.edu.my ATAU kewsdsb@yahoo.com

Kerjasama daripada para ibu bapa & penjaga amat kami hargai dan di dahului dengan ucapan terima kasih.

Sila abaikan peringatan ini sekiranya Tuan/Puan telah membuat pembayaran.

JAWATAN KOSONG GURU TAHFIZ (PEREMPUAN)

SYARAT :

1) WARGANEGARA MALAYSIA

2) 21 TAHUN KE ATAS

3) Mempunyai kelulusan dalam Bidang TAHFIZ dari pusat-pusat tahfiz spt DQ dan lain-lain

**permohonan yang tidak menepati SYARAT tidak akan dilayan**

SILA ISI BORANG DI RUANGAN IKLAN (http://www.hira.edu.my/index.php/iklan/iklan-jawatan-kosong )

TARIKH TUTUP 25/3/2016

 

TOP