Makluman
  1. JAWATAN KOSONG: GURU TAHFIZ (LELAKI DAN WANITA)
  2. ROBOTEAM SMITQH BAWA NAMA MALAYSIA KE PERTANDINGAN CANSAT ANTARABANGSA DI BANGKOK
  3. MAJLIS APRESIASI MURABBI SRIH & SMITQH 2026
  4. DARI MAAHAD TAHFIZ AL-QURAN HIRA KE PENTAS DUNIA
  5. HARI ANUGERAH GEMILANG & KHATAM AL QURAN 2026
  6. RENTAS DESA SRIH 2026 MERIAH DAN BERJAYA
  7. BAKAT MUDA BERSINAR: AINUR 2KH TOP 10 U9
  8. LAWATAN DARI UNIVERSITI UMMUL QURA IQRA ARABIA ARAB SAUD
  9. LAWATAN PENANDA ARAS PELAKSANAAN KELAS ALIRAN TAHFIZ KE SRI AL AMIN
  10. KEJAYAAN SEKOLAH MENENGAH ISLAM & MAAHAD TAHFIZ AL-QURAN HIRA DALAM PERTANDINGAN JAZRO CUP PERINGKAT CENTRAL REGION 2025
  11. LAWATAN PENANDA ARAS PENGURUSAN DARI PUSAT PENDIDIKAN AL HIKMAH
  12. KEJAYAAN PERTANDINGAN ROKET STEM CHALLENGE PERINGKAT NEGERI SELANGOR 2025
  13. CONGRATULATIONS TO MUALLIM FADHIL
  14. SRIH RANGKUL DUA ANUGERAH BERPRESTIJ TINGGI LZS
  15. SESI PERKONGSIAN DANA IPH BERSAMA MIEB
  16. UCAPAN SELAMAT HARI PEKERJA 2025
  17. TAHNIAH RASHAD MURID DARJAH 4 SRIH
  18. MAJLIS KHATAM ALQURAN 2024
  19. LAWATAN UNIVERSITI ISLAM NEGERI UIN SUNAN KALIJAGA, JOGJAKARTA INDONESIA KE SMITQ HIRA
  20. UCAPAN PERASMIAN MAJLIS MAKAN MALAM AMBANG 40 TAHUN HIRA
  21. ANUGERAH KECEMERLANGAN SPM
  22. SMITQH MENERIMA LAWATAN DARIPADA YAYASAN DINAMIKA UMAT BOGOR INDONESIA
  23. KURSUS PEMANTAPAN PERKHIDMATAN BAGI BARISAN HADAPAN
  24. SEKOLAH ISLAM HIRA BERTARAF 5 BINTANG
  25. TAHNIAH MURABBI SMITQH DI ATAS PENCAPAIAN
  26. PENERIMA ANUGERAH KECEMERLANGAN SPAIM23
  27. TAHNIAH PARA GRADUAN SPAIM
  28. LAWATAN MUHIBBAH PENGERUSI MAIS
  29. ANUGERAH INSPIRASI IBU SEMPENA SAMBUTAN HARI IBU PERINGKAT KEBANGSAAN 2024
  30. TAHNIAH BUAT SMITQH DI ATAS PRESTASI CEMERLANG
  31. SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH
  32. MUKHAYAM GURU DAN STAF SEKOLAH MENENGAH ISLAM HIRA & MAAHAD TAHFIZ AL-QURAN HIRA
  33. JAWATAN KOSONG
  34. KUNJUNGAN WAKIL IPHB KE UPSI
  35. PERTANDINGAN TILAWAH AL QURAN 2023
  36. KEM PEWARIS LEGASI HIRA
  37. KEJOHANAN BADMINTON PIBG IPH 2023
  38. KUNJUNGAN ZIARAH DARIPADA SMA AL FALAH INDONESIA
  39. SEKALUNG TAHNIAH
  40. SEKALUNG TAHNIAH
  41. PERTAH 6 SRIH
  42. HARI SOLIDARITI SRIH
  43. TAHNIAH BUAT PASUKAN ROBOTIK SMITQH
  44. SESI AUDIT STANDARD KUALITI IKRAM MUSLEH
  45. KURSUS KEPIMPINAN ANSAR KALI KEDUA 2023
  46. APADILANGIT CANSAT WORKSHOP
  47. FASA PERTAMA PROJEK PERAKUAN SIAP DAN PEMATUHAN
  48. LAWATAN SRI AL AZHAR KE SRI HIRA
  49. UJIAN TRENDS IN INTERNATIONAL MATHEMATICS AND SCIENCE STUDY
  50. AKTIVITI BERMANFAAT CUTI SEKOLAH
  51. KORBAN PERDANA HIRA 2023 1444H
  52. KUNJUNGAN ZIARAH DUA DELEGASI DARIPADA INDONESIA
  53. LAWATAN MAHABBAH DELEGASI JAKIM KE SMI HIRA
  54. PERTANDINGAN KAMIL PERINGKAT NEGERI
  55. KUNJUNGAN ZIARAH DARIPADA TIMBALAN PEGAWAI PENDIDIKAN DAERAH (TPPD)
  56. LAWATAN PPD KE SMITQH
  57. IHYA RAMADHAN COUNTDOWN
  58. LAWATAN MUHIBBAH KE SJKC PUI YING RANTAU PANJANG
  59. MAKLUMAN KENAIKAN KADAR YURAN 15% – BERMULA SESI 2023 / 2024
  60. TAHNIAH BUAT ALUMNI HIRA
  61. LAWATAN SILANG BUDAYA PENGANTARABANGSAAN DARI SMP SMR AR ROHMAH PUTERI KAMPUS 1 KE SMITQ HIRA JERAM
  62. SENAMROBIK HARI SUKAN NEGARA (HSN) SMITQH
  63. PROGRAM PROMOSI JUALAN PROTUNE NEGERI SELANGOR
  64. GOTONG - ROYONG SEKOLAH RENDAH ISLAM HIRA BERSAMA PIBG IPH
  65. PROGRAM JALINAN MESRA BERSAMA PIBG DAN IPH
  66. PROGRAM LAWATAN PENANDA ARAS IPH 2022
  67. MUDAH TINGKATAN 5
  68. PROJEK KOMUNITI HIDROPONIK SOLAR
  69. SAMBUTAN HARI KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 65
  70. AUNGERAH SEKOLAH MENENGAH SWASTA CEMERLANG
  71. MAJLIS IFTAR PERDANA HIRA 1443H
  72. MAKLUMAN PENTING UNTUK SEMUA IBUBAPA / PENJAGA MURID DI SRIH DAN SMITQH
Image Banner

JAWATAN KOSONG: GURU TAHFIZ (LELAKI DAN WANITA)

Kami di Institusi Pendidikan Hira kini membuka peluang kepada calon yang berkelayakan untuk menyertai keluarga besar kami sebagai Pendidik dalam bidang yang berkaitan. Calon mestilah warganegara Malaysia, berumur 23 tahun ke atas serta memiliki Ijazah dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang setara. Selain itu, calon juga hendaklah mempunyai kebolehan membaca Al-Quran dengan baik sebagai nilai tambah dalam melaksanakan tanggungjawab sebagai pendidik. 

Jika berminat, hantarkan resume ke hr.kssb@hira.edu.my 

LAGI

ROBOTEAM SMITQH BAWA NAMA MALAYSIA KE PERTANDINGAN CANSAT ANTARABANGSA DI BANGKOK

KLANG, 29 Oktober – Pasukan Roboteam Sekolah Menengah Islam Hira’ & Maahad Tahfiz Al-Quran Hira’ (SMITQH), Jeram, menyertai pertandingan APRSAF-32 CanSat Competition yang berlangsung di Bangkok, Thailand, dari 28 Oktober hingga 1 November 2026.

Penyertaan ini membawa makna besar kepada pasukan berkenaan apabila lima orang pelajar SMITQH berpeluang membawa nama institusi dan negara ke pentas antarabangsa dalam bidang sains, teknologi dan inovasi.

Menjadi wakil Malaysia merupakan satu kebanggaan dan penghormatan buat pasukan Roboteam SMITQH. Peluang ini bukan sahaja menguji pengetahuan serta kemahiran teknikal para pelajar, malah menjadi ruang untuk mereka menimba pengalaman, membina keyakinan dan menunjukkan potensi generasi muda Malaysia dalam bidang teknologi angkasa.

Pasukan tersebut dibimbing dan diiringi oleh dua orang guru, iaitu Muallimah Rabiatul Adawiyah Imam Kaedi dan Muallim Akmal Afiq Aiman.

Lima pelajar yang menyertai pertandingan tersebut ialah Irfan Hashim bin Abdullah, Muhammad Alif Hazim bin Mohd Khadri, Aaira Umaira binti Noor Mohd Fadzli, Rayyan Hakimi bin Faiz Hakim dan Danial Hanif bin Mohammad.

Sepanjang pertandingan, pasukan berkenaan akan berusaha melaksanakan pelancaran CanSat berdasarkan rubrik dan kriteria yang ditetapkan oleh pihak penganjur.

Pihak sekolah berharap penyertaan ini dapat menjadi pengalaman bermakna kepada para pelajar, sekali gus menyemarakkan minat mereka terhadap bidang STEM serta membuka lebih banyak peluang untuk menyerlah dalam pertandingan inovasi pada masa hadapan.

Warga Hira’ dan ibu bapa turut diseru memberikan sokongan serta mendoakan agar segala urusan pasukan dipermudahkan dan para peserta dapat menjalankan tanggungjawab dengan cemerlang, seterusnya mengharumkan nama Hira’ dan Malaysia di persada antarabangsa.

LAGI

MAJLIS APRESIASI MURABBI SRIH & SMITQH 2026

Alhamdulillah, telah berlangsung Majlis Apresiasi Murabbi SRIH & SMITQH anjuran PIBG IPH pada 27 September 2026 bertempat di Dewan Mazmida, Kompleks MAIS.

Majlis ini diadakan sebagai tanda penghargaan dan penghormatan kepada para murabbi dan murabbiah SRIH serta SMITQH atas segala usaha, komitmen dan dedikasi dalam mendidik, membimbing serta membentuk generasi Hira’ yang berilmu, berakhlak dan berpegang teguh kepada nilai-nilai Islam.

Majlis turut dihadiri oleh guru-guru daripada Sekolah Rendah Islam Hira’ (SRIH) dan Sekolah Menengah Islam Tahfiz Al-Quran Hira’ (SMITQH), yang menjadi tunjang penting dalam memastikan proses pendidikan dan pembinaan sahsiah anak-anak Hira’ terus berjalan dengan penuh kesungguhan.

Lebih daripada sekadar sebuah majlis penghargaan, program ini menjadi simbol eratnya hubungan dan kerjasama antara pihak sekolah, PIBG, ibu bapa dan anak-anak dalam menjayakan agenda pendidikan Hira’. Sokongan serta komitmen yang diberikan oleh ibu bapa, bersama kesungguhan anak-anak dalam menuntut ilmu, merupakan antara kekuatan utama dalam membentuk ekosistem pendidikan yang kukuh dan berterusan.

Sesungguhnya, kejayaan pendidikan tidak hanya terbina di dalam bilik darjah, tetapi melalui gandingan guru yang mendidik, ibu bapa yang menyokong dan anak-anak yang bersungguh-sungguh.

Semoga penghargaan ini menjadi suntikan semangat buat seluruh warga pendidik SRIH dan SMITQH untuk terus mencurahkan bakti dalam membimbing generasi pewaris ummah.

Terima kasih, Murabbi Hira’.
Setiap ilmu yang dicurahkan, setiap nasihat yang diberikan dan setiap usaha dalam mendidik anak-anak, insya-Allah menjadi amal jariah yang terus mengalir.

Guru Didik, Ibu Bapa Mendukung, Anak-anak Menyambung Legasi.

#HiraMemimpin #ApresiasiMurabbi #SRIH #SMITQH #PIBGIPH #InstitusiPendidikanHira

LAGI

DARI MAAHAD TAHFIZ AL-QURAN HIRA KE PENTAS DUNIA

Tahniah Irfan Hashim!

Alhamdulillah, satu pencapaian membanggakan dicatatkan oleh Irfan Hashim bin Abdullah, pelajar Maahad Tahfiz Al-Quran Hira’.

Irfan Hashim berjaya meraih tempat ke-11 daripada 30 peserta pelbagai negara bagi kategori Robot Algorithm (Middle & High School) dalam International Programmimg Robot Challenge (IPRC) 2026 di Korea.

Pencapaian ini bukan sekadar angka, sebaliknya mencerminkan keberanian seorang pelajar tahfiz untuk melangkah ke bidang teknologi, selain kesungguhan dalam menimba ilmu dan mengembangkan potensi diri.

Di sebalik kejayaan ini, turut terserlah peranan guru-guru yang membimbing, ibu bapa yang memberi sokongan berterusan, serta doa yang tidak pernah putus. Penghargaan juga diberikan kepada semua pihak yang membuka ruang dan peluang kepada penyertaan ini.

Tahniah diucapkan kepada Irfan Hashim serta seluruh Pasukan Malaysia yang bertanding di pentas antarabangsa ini. 🇲🇾

Semoga pencapaian ini menjadi permulaan kepada lebih banyak kejayaan pada masa hadapan, insya-Allah.

LAGI

HARI ANUGERAH GEMILANG & KHATAM AL QURAN 2026

Alhamdulillah, pada 10 Mei 2026 telah berlangsung dengan jayanya Majlis Hari Anugerah Gemilang & Khatam Al-Quran 2026 bertempat di Ballroom 1, Plaza Kuala Selangor. 📖🏆

Majlis ini telah disempurnakan perasmiannya oleh Tuan Anas bin Ayob,
Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pendidikan Islam, Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).

Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua penerima anugerah serta para pelajar yang berjaya menamatkan bacaan Al-Quran dan cemerlang dalam akademik. Semoga segala usaha, pencapaian dan kejayaan ini menjadi inspirasi untuk terus cemerlang dunia dan akhirat. 🌟

Setinggi-tinggi penghargaan juga kepada para guru, ibu bapa dan semua pihak yang terlibat dalam menjayakan majlis yang penuh bermakna ini. 🤍

#HiraMemimpin

LAGI

RENTAS DESA SRIH 2026 MERIAH DAN BERJAYA

Pada 10 April 2026 (Jumaat), Sekolah Rendah Islam Hira’ (SRIH) telah menganjurkan Program Rentas Desa bertempat di Taman Pepatung, Bukit Raja. Program ini melibatkan penyertaan aktif murid-murid daripada Darjah 4 hingga Darjah 6.

Seawal jam 7.30 pagi, para peserta mula berkumpul dan melakukan pendaftaran. Program dimulakan dengan sesi senamrobik bagi memanaskan badan sebelum larian dilepaskan pada jam 8.15 pagi.

Sepanjang program berlangsung, para murid menunjukkan semangat kesukanan, disiplin serta daya tahan fizikal yang membanggakan. Laluan larian yang telah ditetapkan mengikut kategori umur berjaya dihabiskan dengan baik oleh para peserta.

Guru-guru turut memainkan peranan penting dengan membuat pemantauan di beberapa checkpoint bagi memastikan keselamatan murid sentiasa terjamin.

Peserta yang berjaya menamatkan larian dengan catatan masa terbaik telah menerima hadiah sebagai tanda penghargaan. Walau bagaimanapun, semua peserta wajar dipuji atas usaha dan komitmen yang ditunjukkan.

Program ini berjaya:

  • Meningkatkan tahap kecergasan fizikal murid
  • Memupuk semangat daya saing sihat
  • Mengeratkan ukhuwah antara murid dan guru
  • Memberi pengalaman pembelajaran luar bilik darjah yang menyeronokkan

 

Secara keseluruhannya, Program Rentas Desa SRIH 2026 berjalan dengan lancar dan jayanya tanpa sebarang insiden yang tidak diingini. Diharapkan program seperti ini akan terus dianjurkan pada masa akan datang demi melahirkan murid yang sihat, cergas dan berdaya saing.

LAGI

BAKAT MUDA BERSINAR: AINUR 2KH TOP 10 U9

Tahniah diucapkan kepada Ainur dari kelas 2KH kerana telah berjaya mencapai kedudukan Top 10 dalam kategori Bawah 9 Tahun (U9) sempena Kejohanan Catur Shah Alam yang berlangsung pada hari semalam.

Kejayaan ini menunjukkan semangat kesungguhan dan daya saing tinggi yang ditunjukkan oleh Ainur dalam bidang sukan catur. Pihak sekolah berbangga dengan pencapaian ini dan mengharapkan kejayaan tersebut dapat menjadi inspirasi kepada murid-murid lain untuk terus berusaha mencapai kecemerlangan dalam pelbagai bidang.

LAGI

LAWATAN DARI UNIVERSITI UMMUL QURA IQRA ARABIA ARAB SAUD

2 September 2025 – Satu lawatan rasmi daripada Universiti Ummul Qura, Iqra’ Arabia, Arab Saudi telah berlangsung dengan jayanya di Hira’ pada Selasa, 2 September 2025. Lawatan ini bertujuan membincangkan peluang kerjasama dalam bidang pendidikan dan pembelajaran Bahasa Arab antara kedua-dua institusi.

Delegasi yang diketuai oleh Abdullah Bawazir, Ketua Pegawai Eksekutif Iqra’ Arabia, Universiti Ummul Qura, turut disertai oleh Ustaz Shahrul dari Yayasan Mahasiswa. Perbincangan yang diadakan dari jam 3.00 hingga 4.30 petang itu melibatkan semua Jawatankuasa Panitia Subjek (JPS) SMITQH, serta guru-guru Panitia Bahasa Arab.

Alhamdulillah, pertemuan ini berjalan dengan baik dan bermanfaat. Hasil perbincangan telah merangka perancangan strategik ke arah memartabatkan Bahasa Arab sebagai bahasa dunia melalui sistem pendidikan yang berteraskan pengalaman Universiti Ummul Qura.

Diharapkan peluang kerjasama ini dapat dimanfaatkan sepenuhnya demi kebaikan warga Hira’ khususnya, dan masyarakat global umumnya.

“Bahasa Arab Bahasa Dunia.”

LAGI

LAWATAN PENANDA ARAS PELAKSANAAN KELAS ALIRAN TAHFIZ KE SRI AL AMIN

Lawatan Penanda Aras Pelaksanaan Kelas Aliran Tahfiz (KAT) ke SRI Al-Amin, Wilayah Persekutuan.

Banyak input yang bermanfaat telah dikongsikan—dari aspek pengurusan, pelaksanaan hingga pendekatan yang memberi inspirasi. Semoga lawatan ini menjadi pemangkin semangat dan memperkukuh langkah kita dalam membangun kelas Al Quran & KAT SRIH dengan lebih tersusun dan berimpak

Semoga segala usaha ini menjadi asbab terbinanya generasi pewaris Al-Quran—berakhlak, berilmu, dan bersyukur.
Terus melangkah dengan yakin, bersama Al-Quran sebagai panduan. 

LAGI

KEJAYAAN SEKOLAH MENENGAH ISLAM & MAAHAD TAHFIZ AL-QURAN HIRA DALAM PERTANDINGAN JAZRO CUP PERINGKAT CENTRAL REGION 2025

Pada 14 Ogos 2025 (Khamis), Sekolah Menengah Islam & Maahad Tahfiz Al-Quran Hira’ telah menyertai JAZRO Cup anjuran Jazari Robot bagi peringkat Central Region yang berlangsung di Rekascapes, Cyberjaya. Pertandingan ini menghimpunkan pasukan-pasukan sekolah dari seluruh zon tengah untuk bersaing dalam pelbagai kategori berkaitan teknologi dan robotik.

Dengan penuh rasa syukur ke hadrat Allah SWT, pasukan Hira’ telah mencatatkan pencapaian yang membanggakan seperti berikut:

Kemenangan Utama

Tempat Pertama – Kategori Game of Drone Mission (Kumpulan 2)

Syed Imran Hakim Syed Muhammad Faizal

Syauqi Usayd bin Mohd Usayr

Tempat Kedua – Kategori Bytedroid (Kumpulan 1)

Fauzan bin Ihsan

Danial Hanif bin Mohammad

Tempat Keempat – Kategori Bytedroid (Kumpulan 2)

Uwais bin Abuzar

Muhammad Hazim bin Mohammad Hazime

Penyertaan dan Liga Akhir

Liga Akhir – Kategori Roboblitz (Kumpulan 3)

Muhammad Hazim bin Mohammad Hazime

Syed Imran Hakim Syed Muhammad Faizal

Syauqi Usayd bin Mohd Usayri

Uwais bin Abuzar

Kategori Roboblitz (Kumpulan 1)

Muhammad Amir Harith bin Mohd Rizal

Muhammad Adam Haiqal bin Fauzi

Aaira Umaira binti Noor Mohd Fadzli

Marissa Nisrina binti Marwan

Kategori Roboblitz (Kumpulan 2)

Fauzan bin Ihsan

Danial Hanif bin Mohammad

Muhammad Rayyan Darwisy bin Mohd Azam

Ahmad Fahmi bin Shahrin

Kategori Robot Combat

Muhammad Amir Harith bin Mohd Rizal

Muhammad Adam Haiqal bin Fauzi

Kategori Game of Drone Mission (Kumpulan 2)

Aaira Umaira binti Noor Mohd Fadzli

Marissa Nisrina binti Marwan

Guru pembimbing yang telah membimbing dan memberi sokongan kepada para peserta ialah:

Muallimah Rabiatul Adawiyah binti Imam Kaedi

Muallimah Siti Mastura binti Makenan

Muallimah Siti Najihah binti Ahmad Zu Safiuddin

 

Lebih membanggakan, Pasukan Game of Drone Mission Kumpulan 2 dan Pasukan Bytedroid Kumpulan 1 telah berjaya melayakkan diri untuk mewakili Zon Tengah ke JAZRO Cup Finale yang akan berlangsung pada 15 Ogos 2025 di lokasi yang sama.

Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada semua peserta dan guru pembimbing atas usaha, komitmen, dan semangat juang yang ditunjukkan. Semoga kejayaan ini menjadi pembakar semangat kepada seluruh warga Hira’ untuk terus cemerlang dalam bidang STEM dan kokurikulum, insya-Allah.

LAGI

Image News
Image News
Image Banner