Makluman
  1. ANUGERAH KECEMERLANGAN SPM
  2. SMITQH MENERIMA LAWATAN DARIPADA YAYASAN DINAMIKA UMAT BOGOR INDONESIA
  3. KURSUS PEMANTAPAN PERKHIDMATAN BAGI BARISAN HADAPAN
  4. SEKOLAH ISLAM HIRA BERTARAF 5 BINTANG
  5. TAHNIAH MURABBI SMITQH DI ATAS PENCAPAIAN
  6. PENERIMA ANUGERAH KECEMERLANGAN SPAIM23
  7. TAHNIAH PARA GRADUAN SPAIM
  8. LAWATAN MUHIBBAH PENGERUSI MAIS
  9. ANUGERAH INSPIRASI IBU SEMPENA SAMBUTAN HARI IBU PERINGKAT KEBANGSAAN 2024
  10. TAHNIAH BUAT SMITQH DI ATAS PRESTASI CEMERLANG
  11. SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH
  12. MUKHAYAM GURU DAN STAF SEKOLAH MENENGAH ISLAM HIRA & MAAHAD TAHFIZ AL-QURAN HIRA
  13. JAWATAN KOSONG
  14. KUNJUNGAN WAKIL IPHB KE UPSI
  15. PERTANDINGAN TILAWAH AL QURAN 2023
  16. KEM PEWARIS LEGASI HIRA
  17. KEJOHANAN BADMINTON PIBG IPH 2023
  18. KUNJUNGAN ZIARAH DARIPADA SMA AL FALAH INDONESIA
  19. SEKALUNG TAHNIAH
  20. SEKALUNG TAHNIAH
  21. PERTAH 6 SRIH
  22. HARI SOLIDARITI SRIH
  23. TAHNIAH BUAT PASUKAN ROBOTIK SMITQH
  24. SESI AUDIT STANDARD KUALITI IKRAM MUSLEH
  25. KURSUS KEPIMPINAN ANSAR KALI KEDUA 2023
  26. APADILANGIT CANSAT WORKSHOP
  27. FASA PERTAMA PROJEK PERAKUAN SIAP DAN PEMATUHAN
  28. LAWATAN SRI AL AZHAR KE SRI HIRA
  29. UJIAN TRENDS IN INTERNATIONAL MATHEMATICS AND SCIENCE STUDY
  30. AKTIVITI BERMANFAAT CUTI SEKOLAH
  31. KORBAN PERDANA HIRA 2023 1444H
  32. KUNJUNGAN ZIARAH DUA DELEGASI DARIPADA INDONESIA
  33. LAWATAN MAHABBAH DELEGASI JAKIM KE SMI HIRA
  34. PERTANDINGAN KAMIL PERINGKAT NEGERI
  35. KUNJUNGAN ZIARAH DARIPADA TIMBALAN PEGAWAI PENDIDIKAN DAERAH (TPPD)
  36. LAWATAN PPD KE SMITQH
  37. IHYA RAMADHAN COUNTDOWN
  38. LAWATAN MUHIBBAH KE SJKC PUI YING RANTAU PANJANG
  39. MAKLUMAN KENAIKAN KADAR YURAN 15% – BERMULA SESI 2023 / 2024
  40. TAHNIAH BUAT ALUMNI HIRA
  41. LAWATAN SILANG BUDAYA PENGANTARABANGSAAN DARI SMP SMR AR ROHMAH PUTERI KAMPUS 1 KE SMITQ HIRA JERAM
  42. SENAMROBIK HARI SUKAN NEGARA (HSN) SMITQH
  43. PROGRAM PROMOSI JUALAN PROTUNE NEGERI SELANGOR
  44. GOTONG - ROYONG SEKOLAH RENDAH ISLAM HIRA BERSAMA PIBG IPH
  45. PROGRAM JALINAN MESRA BERSAMA PIBG DAN IPH
  46. PROGRAM LAWATAN PENANDA ARAS IPH 2022
  47. MUDAH TINGKATAN 5
  48. PROJEK KOMUNITI HIDROPONIK SOLAR
  49. SAMBUTAN HARI KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 65
  50. AUNGERAH SEKOLAH MENENGAH SWASTA CEMERLANG
  51. MAJLIS IFTAR PERDANA HIRA 1443H
  52. MAKLUMAN PENTING UNTUK SEMUA IBUBAPA / PENJAGA MURID DI SRIH DAN SMITQH
Image Banner

ANUGERAH KECEMERLANGAN SPM

Ketika ini pengetua SMI HIRA' sedang menghadiri Persidangan Majlis Pengetua Sekolah Malaysia (MPSM) Negeri Selangor yang berlangsung di Hotel Mudzaffar, Melaka, mulai 5-7 Ogos 2024.
 
SMI HIRA' merupakan satu-satu nya wakil tunggal sekolah swasta dan sekolah rangkaian Musleh yang diterima menganggotai MPSM di peringkat negeri dan kebangsaan.
 
Majoriti pengetua Selangor dari keseluruhan 285 buah sekolah menengah (SM) KPM berkampung di Melaka yang terdiri daripada SBP, KTE, SMKA, SAM (Sabk) dan SM/SMK (sekolah harian).
 
Dengan tema persidangan, "Kepimpinan Holistik Pemangkin Pembudayaan Pendidikan Manusiawi", dapat memberi inisiatif dan membantu mempertingkat usaha transformasi sekolah-sekolah di Selangor khusus nya agar lebih serius dan cakna memimpin sekolah membudayakan penekanan karamah insaniah dalam bidang pendidikan.
 
Alhamdulillah dan Tahniah didedikasikan kepada semua warga HIRA' atas kejayaan sekolah memperolehi dua anugerah kecemerlangan SPM pada malam tadi. Ia adalah manifestasi kepada kesungguhan dan kerja keras semua warga sekolah, khusus nya para guru yang sangat komited dan berdedikasi tinggi merealisasikan motto Hira No1 dan Hira' Memimpin menjadi kenyataan.
 
Lebih terharu dan sedikit sebak apabila tepukan gemuruh daripada para pengetua negeri Selangor bila nama SMI HIRA' disebut dua kali ke pentas bagi menerima sijil pencapaian. Alhamdulillah dan syabas kepada semua warga Hira' Memimpin.
 
LAGI

SMITQH MENERIMA LAWATAN DARIPADA YAYASAN DINAMIKA UMAT BOGOR INDONESIA

06 Ogos 2024 | Selasa semalam, SMITQH telah dihadiri oleh tetamu dari Yayasan Dinamika Umat, Bogor, Indonesia yang diwakilkan oleh wakil Sekolah Islam Dinamika Umat dan Sekolah Islam Fajar diketuai oleh Dr K.H Hasan Basri Tanjung.

Tujuan bertamu adalah untuk melihat fasiliti dan infrastruktur sekolah dan juga mempelajari sedikit sebanyak tentang Kurikulum dan Ekstra Kurikulum dari SMITQH.

Semoga tujuan dicapai dan juga memberi berkat tetamu kepada SMITQH atas kehadiran mereka kali ini. Semoga ada kerjasama selanjutnya pada masa hadapan antara SMITQH dan Yayasan Dinamika Umat in syaa allah.

LAGI

KURSUS PEMANTAPAN PERKHIDMATAN BAGI BARISAN HADAPAN

25 Julai 2024 | Selesai sesi Kursus Pemantapan Perkhidmatan Bagi Barisan Hadapan yang melibatkan semua jabatan Hira' (HN, SDSB, IPHB, PHSB, STC SRIH & SMITQH) yang berlangsung selama 2 hari sejak semalam.

LAGI

SEKOLAH ISLAM HIRA BERTARAF 5 BINTANG

13 Julai 2024 | Bagi menghargai perkembangan serta pencapaian Institusi-institusi Pendidikan IKRAM (IPI) yang bernaung di bawah Musleh Integrated Education Berhad (MIEB) dalam usaha melahirkan insan rabbani serta merealisasikan Falsafah Pendidikan Musleh, MIEB telah menganjurkan Hari Anugerah Musleh (HARUM) 2024 yang telah berlangsung pada Sabtu lalu di sini.

Membawa tema Murabbi Unggul Peneraju Reformasi Pendidikan Musleh, acara yang diadakan di Pusat Konvensyen Bangi itu telah dirasmikan oleh Pegawai Tugas-tugas Khas, Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) yang mewakili Yang Berhomat Menteri Pendidikan Malaysia, Dr. Radin Muhd Imaduddin Radin Abdul Halim.

Sekolah Rendah Islam Hira' Klang dan Sekolah Menengah Islam Hira' tampil unggul meraih 5 bintang bagi pencapaian Sistem Kualiti IKRAM MUSLEH (SKIM). Institusi Pendidikan Hira' juga ingin mengucapkan tahniah buat dua orang murabbi Hira' yang menerima Anugerah Guru Cemerlang sempena HARUM'24 iaitu Muallim Sukri (SRIH) dan Muallimah Madihah (SMIH).

     

Berita Penuh : https://musleh.edu.my/.../harum-2024-rai-usaha-dan.../

LAGI

TAHNIAH MURABBI SMITQH DI ATAS PENCAPAIAN

5 Mei 2024 | Setinggi-tinggi ucapan tahniah ditujukan khusus kepada semua guru Sekolah Menengah Islam Hira, dengan izinNya telah berjaya melonjakkan keputusan SPM 2023 yang telah diumumkan pada 27 Mei 2023 lepas.

Gabungan padu guru-guru, pentadbir, ibu bapa dan semua pihak yang telah bersama-sama berusaha memastikan kejayaan anak-anak SPM 2023 membuahkan hasil apabila Gred Purata Sekolah (GPS) dapat diturunkan daripada 3.57 pada tahun 2022 kepada 2.86 tahun 2023. Penurunan sebanyak 0.71 meberikan lonjakan saujana kepada Sekolah Menengah Islam Hira.

“Orang hebat bisa melahirkan beberapa karya bermutu, tapi guru yang bermutu dapat melahirkan ribuan orang-orang yang hebat.
Terima kasih guru.”

#HiraMemimpin

LAGI

PENERIMA ANUGERAH KECEMERLANGAN SPAIM23

ANUGERAH AKADEMIK TERBAIK SPAIM SESI 2022-2023

Wan Siti Norizwani Binti Wan Hussain

 

ANUGERAH PRAKTIKUM TERBAIK SPAIM SESI 2022-2023

Nor Azila Binti Mohd Zakaria

 

ANUGERAH KAJIAN TINDAKAN TERBAIK SPAIM 2022-2023

Noor Fitriyah Binti Abidin

 

ANUGERAH AL-GHAZALI SPAIM SESI 2022-2023

Wan Siti Norizwani Binti Wan Hussain

LAGI

TAHNIAH PARA GRADUAN SPAIM

22 Mei 2024 – Seramai 69 orang graduan dari 3 buah pusat pengajian menerima sijil Syahadah Perguruan Asas IKRAM Musleh (SPAIM) dalam majlis konvokesyen yang berlangsung meriah di Hotel De Palma, di sini pada Rabu lalu.

Daripada jumlah itu, 27 daripadanya ialah graduan dari Institusi Pendidikan Hira’ (IPH) manakala dua buah pusat pengajian lain iaitu Pusat Pendidikan As-Sai’diyyah, Negeri Sembilan dan Pusat Pendidikan Hidayah, Perak, masing-masing melahirkan 21 orang graduan.

Dalam perkembangan berkaitan, pelaksanaan Latihan Ikhtisas SPAIM ini telah berlangsung selama 3 semester.

Turut hadir dalam majlis konvokesyen berkenaan, Pengurus Besar Centre for Learning Excellence (CLE) Musleh Integrated Education Berhad, Dr. Kamaliah Noordin dan Ketua Sektor Latihan Musleh Integrated Education Berhad, Dr. Azma Mahmood.

Pada masa sama, pihak Musleh merakamkan setinggi-tinggi syabas dan tahniah kepada semua graduan yang berjaya menamatkan pengajian dan jutaan penghargaan kepada pusat pengajian yang terlibat serta para pensyarah.

LAGI

LAWATAN MUHIBBAH PENGERUSI MAIS

16 Mei 2024 | Bersempena sambutan Hari Guru, telah tercipta sejarah buat semua warga SMITQ Hira' , khususnya Maahad Tahfiz Al-Quran Hira' apabila pihak sekolah menerima kunjungan hormat oleh YAD Tan Sri Dato' Seri Abdul Aziz Mohd Yusof, Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor. Turut bersama dalam delegasi ini adalah seramai 25 orang pegawai tertinggi dari MAIS, JAKIM dan JAIS. Beberapa orang ahli lembaga IPHB turut bersama hadir, selain wakil PIBG IPH, IKRAM Negeri dan dif-dif jemputan lain.

Kunjungan muhibbah ini merupakan satu penghormatan dan pengiktirafan kepada warga Hira' kerana YAD Tan Sri adalah juga mewakili Jawatankuasa Penyelarasan Pendidikan Islam Kebangsaan atau JPPIK (nama lama nya, Lembaga Penasihat Penyelarasan Kebangsaan dan Pendidikan Agama Islam atau LEPAI) yang dilantik oleh Sultan di mana hasil laporan sesi lawatan ini akan dibawa dan dibentangkan ke mesyuarat JPPIK yang terletak di bawah kuasa Majlis Kebangsaan Hal Ehwal Islam (MKI) Majlis Raja-Raja pada bulan jun depan.

Pihak sekolah telah menyambut kedatangan YAD Tan Sri dengan perbarisan kawad kehormat oleh para pelajar, sebelum ke sesi fotografi dan terus di bawa ke bilik mesyuarat utama.

Ucapan aluan penuh santun oleh pengerusi majlis, Mlm Faiz Fikri, kemudian menjemput Dr Abdul Rahman Mohamed, Pengerusi IPHB menyampaikan ucapan penghargaan bagi pihak tuan rumah.

Sesi ucaptama oleh YAD Tan Sri menyatakan rasa syukur dan kegembiraan nya berada di Hira' yang dilihat perkembangan awal nya hingga pembangunan kemodenan yang dikecapi pada hari ini. Tan Sri sempat mengimbau kenangan nya bersama alfadhil Ustaz Mohd Shahar yang juga pewakaf utama tanah berkah Hira' kini, serta mengharapkan para pelajar dan guru terus menghayati Al-Quran, menguasai pelbagai bahasa dan teknologi semasa, memelihara akidah sejahtera serta terus memimpin institusi pendidikan dengan budaya kecemerlangan tanpa mengabaikan aspek kebajikan dan keselamatan yang tidak boleh dikompromi sepertimana titah tuanku Sultan yang disampaikan nya.

Sesi seterus nya adalah pembentangan bahan slaid sekolah oleh tuan pengetua, Muallim Isharuddin Ismail dan diikuti oleh sesi soaljawab yang dikendalikan pengurus besar IPHB, Tuan Hj Fariz kemudian nya.

Seusai sesi penyampaian hadiah dan cenderahati kenangan, YAD Tan Sri serta delegasi dibawa ke ruang pameran berkhemah khas di hadapan bilik mesyuarat sebelum semua nya ke dewan Hasan Al-Banna bagi menikmati jamuan makan tengahari yang disediakan oleh HiraNiaga.

Hujan rahmat ketika sesi menjamu selera menzahirkan kesyukuran semua atas anugerah Ilahi tidak terhingga melalui kunjungan penuh muhibbah ini yang kemudian bersurai para tetamu kehormat dalam perasaan dan suasana cukup mesra, disulami kasih sayang penuh kehormatan oleh semua warga sekolah.

LAGI

ANUGERAH INSPIRASI IBU SEMPENA SAMBUTAN HARI IBU PERINGKAT KEBANGSAAN 2024

12 Mei 2024 | Institusi Pendidikan Hira' mengucapkan setinggi tahniah atas pengurniaan Tokoh Ibu Kebangsaan buat Muallimah Rahamah Binti Mohtar. Semoga ianya menjadi inspirasi kepada seluruh ibu ibu lain khususnya di Hira dan amnya di Malaysia.

LAGI

TAHNIAH BUAT PENGETUA SMITQH

2 Mei 2024 | Setinggi penghargaan tahniah kepada ayahanda pengetua SMITQ Hira', Muallim Isharuddin Ismail yang telah dipilih semula sebagai pengerusi dalam Mesyuarat Agung Tahunan (MAT) kali ke-29 Majlis Pengetua Guru Besar Sekolah-Sekolah Islam Malaysia (MPGBSIM) bagi sesi 2024-2026 yang berlangsung di Ipoh, Perak pada 29-30 April 2024.

 

Sebagai catatan, Muallim Isharuddin Ismail telah diberi amanah dan kepercayaan menerajui tampuk kepimpinan MPGBSIM sebagai pengerusi sejak tahun 2018, di mana MPGBSIM merupakan institusi berdaftar dengan ROS ini mewakili 66 buah sekolah bernuansa Islam dalam kalangan SRI, SMI, MTQ di seluruh negara, di mana majoriti nya adalah sekolah rangkaian IKRAM Musleh yang mempunyai lebih 20,000 orang murid dan lebih 3000 orang guru dan kakitangan.

 

Sumber : FB Official SMITQH

LAGI

Image News
Image News
Image Banner