Mengenai Kami
Maahad Tahfiz Al-Quran Hira’ (MTQH) ditubuhkan pada tahun 1994, dengan pelajar seramai 5 orang. MTQH bertempat di Lot 236-S, Kg. Batu Belah, Klang, Selangor. Oleh permintaan yang ramai MTQH telah berpindah ke Kg. Kubu Gajah, Paya Jaras, Sg. Buloh, Selangor pada tahun 1997. Seterusnya MTQH telah berpindah ke lokasi baru kerana permintaan yang semakin tinggi daripada masyarakat iaitu di Lot 1331/1332, Kg. Sg. Sembilang, Jeram, Kuala Selangor pada tahun 1999 sehingga sekarang. Maahad Tahfiz Al Quran Hira’ sejak ditubuhkan telah didaftar dengan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) : No. SPS/PRP/08/2(SEM)-113 dan bergabung sebagai ahli Persatuan Institusi Tahfiz Al-Quran Negeri Selangor (PITAS) : 2004-006-008 pada tahun 2004. Matlamat utama penubuhan MTQH adalah untuk melahirkan para huffaz professional untuk diri, keluarga, masyarakat, negara dan dunia. Maahad Tahfiz Al-Quran Hira’ melaksanakan Kurikulum Tahfiz Sepenuh Masa (TSM) selama 2 tahun dan seterusnya melanjutkan ke pendidikan arus perdana di Sekolah Menengah Islam Hira’.
Falsafah Misi & Visi
Falsafah
Pendidikan di Hira adalah pendidikan berteraskan tauhid yang bermatlamat membina, membentuk dan melahirkan insan rabbani yang beriman, berilmu dan berakhlak serta berkemampuan membentuk kehidupan diri, keluarga, masyrakat, negara seterusnya dunia sebagaimana yang dituntut oleh Al-Quran dan As Sunnah melalui sistem pendidikan yang terkini, seimbang, bersepadu, menyeluruh dan berterusan.
Visi
Menjadi institusi yang menerajui sistem pendidikan Islam holistik dan inovatif
Misi
Membina tokoh masyarakat yang bersifat Rabbani melalui sistem pendidikan Islam yang menyeluruh, unggul dan dihormati.
Matlamat
Matlamat Penubuhan
Pada dasarnya, Maahad Tahfiz Al-Quran Hira’ (MTQH) ditubuhkan sebagai satu kesinambungan kepada program hafazan al-Quran yang telah pun dilalui oleh murid di peringkat yang lebih rendah sebelum ini. Ia juga merupakan suatu usaha untuk merialisasikan falsafah pendidikan Islam itu sendiri.
Sistem Perlaksanaan
Untuk menjayakan matlamat ini, satu bentuk rujukan telah dijadikan asas kepada system perlaksanaan MTQH. Oleh itu perjalanan MTQH dan silibusnya adalah gabungan serta penyesuaian dari tiga institusi iaitu;