HALATUJU KURIKULUM SEKOLAH MENENGAH ISLAM HIRA' (SMIH)
Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) aliran Arus Perdana merupakan aliran yang di ambil oleh SMIH untuk memastikan kefahaman dan matlamat pembelajaran akademik mencapai standard piawai yang digariskan umum nya dalam falsafah pendidikan negara dan khusus untuk mencapai falsafah pendidikan Institusi Pendidikan Hira’. Bahan-bahan yang digunakan untuk mengajar bagi subjek akademik adalah sama seperti yang digariskan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) seperti merujuk kepada Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP), Buku Teks dan Pentaksiran Bilik Darjah (PBD).
MATAPELAJARAN YANG DITAWARKAN DI SMIH (TINGKATAN 1 - 3)
Bahasa Melayu | Bahasa Inggeris | Bahasa Arab | Matematik | Sains | Sejarah| Geografi | Pendidikan Islam
Reka Bentuk & Teknologi | Pendidikan Seni Visual | Pendidikan Jasmani & Kesihatan | Al-Quran, Tajwid & Hafazan | Diniyyah
ALIRAN TINGKATAN 4
ALIRAN SAINS TULEN
Matapelajaran Aliran Sains Tulen
Bahasa Melayu | Bahasa Inggeris | Matematik | Sejarah | Biologi | Kimia | Fizik | Matematik Tambahan
Pendidikan Syariah Islamiah | Pendidikan Al Quran & Sunnah | Bahasa Arab
ALIRAN SAINS KEMANUSIAAN
Matapelajaran Aliran Sains Kemanusiaan
Bahasa Melayu | Bahasa Inggeris | Matematik | Sejarah | Prinsip Perakaunan | Kimia | Fizik | Matematik Tambahan
Pendidikan Syariah Islamiah | Pendidikan Al Quran & Sunnah | Bahasa Arab
ALIRAN IKHTISAS
Matapelajaran Aliran Ekonomi Agama
Bahasa Melayu | Bahasa Inggeris | Matematik | Sejarah | Sains | Ekonomi | Perniagaan
Pendidikan Syariah Islamiah | Pendidikan Al Quran & Sunnah | Bahasa Arab
Halatuju pelajar SMIH selepas SPM (Sebahagian daripada bidang yang boleh diceburi oleh pelajar)
Melalui pakej aliran yang ditawarkan oleh sekolah, maka pelajar berpeluang melanjutkan pelajaran dalam bidang-bidang yang luas selepas SPM. Bagi pakej sains tulen, pelajar berpeluang(mengikut keputusan SPM) untuk melanjutkan pelajaran dalam pelbagai bidang seperti bidang akauntan, perubatan, kejuruteraan, agama, quran, pendidikan, ekonomi, guaman dan pelbagai bidang lagi. Bagi pakej sains kemanusiaan pula, pelajar berpeluang melanjutkan pelajaran dalam bidang akauntan, kejuruteraan, agama, quran, pendidikan, ekonomi, guaman dan pelbagai bidang lagi. Pakej ekonomi pula antara bidang yang boleh diceburi oleh pelajar ialah agama, quran, pendidikan, ekonomi, guaman, hartanah, sumber manusia, kulinari dan pelbagai bidang lagi.