KRS MUSLEH telah ditubuhkan pada 21 Januari 2008 setelah MUSLEH diterima secara rasminya sebagai Ahli Gabungan KRS Peringkat Kebangsaan. KRS MUSLEH mempunyai keahlian dari sekolah-sekolah Rangkaian MUSLEH sebanyak 15 buah SMI dan 35 buah SRI serta beberapa sekolah Rakan MUSLEH. Nama KRS MUSLEH telah dimasyhurkan dengan rasminya oleh YB Dr Hj Mohd Puad bin Zarkasyi, Timbalan Menteri Pelajaran Malaysia pada tanggal 22 Disember 2009 di Taman Rekreasi Woods, Ulu Yam, Selangor sempena Perkhemahan Nasional KRS MUSLEH Kali Pertama.
Sebelum itu, aktivisme KRS MUSLEH telah dijalankan atas nama Syabab Lil Bina dan Fatatul Muslimah sejak 1988. Pada tahun 1995, nama pasukan ini telah ditukarkan kepada Pergerakan Syabab Fatayat Malaysia (PSFM) di bawah naungan Majlis Guru Besar Sekolah-Sekolah Islam Malaysia (MGBSIM). Mulai tahun 2007 pentadbiran PSFM diletakkan di bawah Pusat Pendidikan SRI-SMI Bhd (MUSLEH) sehinggalah KRS MUSLEH ditubuhkan.