https://my20.awfatech.com/hira/content/news/newsf1_GSRIH137_1735783941jpeg

SELAMAT TAHUN BAHARU 2025

SELAMAT TAHUN BAHARU 2025!

 

KAMI DI INSTITUSI PENDIDIKAN HIRA' MENGUCAPKAN SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BAHARU KEPADA SELURUH WARGA HIRA' DAN MASYARAKAT.

 

BERSAMA KITA MELANGKAH KE TAHUN YANG LEBIH GEMILANG, PENUH DENGAN AZAM UNTUK MENCIPTA GENERASI BERILMU, BERAKHLAK, DAN BERTAQWA.

 

🌟 "MEMACU ASPIRASI, MENCIPTA LEGASI" 🌟

 

#TAHUNBAHARU2025 #HIRA40TAHUN #GENERASIRABBANI

LAGI
https://my20.awfatech.com/hira/content/news/newsf1_GSRIH137_1734575436.jpg

MAJLIS KHATAM ALQURAN 2024

13 DISEMBER 2024 | PADA JUMAAT LEPAS, SEKOLAH RENDAH ISLAM HIRA' TELAH MENGANJURKAN PROGRAM MAJLIS KHATAM AL-QURAN DENGAN PENUH KEBERKATAN DAN KESYUKURAN. PROGRAM INI MELIBATKAN PENYERTAAN AKTIF GURU-GURU SERTA PELAJAR-PELAJAR YANG TELAH BERJAYA MENAMATKAN PEMBACAAN AL-QURAN.

MAJLIS TERSEBUT TURUT DIMERIAHKAN DENGAN KEHADIRAN WAKIL DARI SDSB SERTA BARISAN AHLI PIBG IPH, YANG SAMA-SAMA MEMBERIKAN SOKONGAN PADU KEPADA USAHA MEMPERKUKUH PENDIDIKAN BERTERASKAN AL-QURAN. SEPANJANG PROGRAM, PELBAGAI AKTIVITI TELAH DIADAKAN, TERMASUK SESI TAZKIRAH, BACAAN DOA, DAN PENYAMPAIAN SIJIL PENGHARGAAN KEPADA PELAJAR YANG CEMERLANG DALAM PENGAJIAN AL-QURAN.

ACARA INI TIDAK HANYA MENJADI SIMBOLIK KEPADA PENCAPAIAN AKADEMIK PELAJAR TETAPI JUGA SEBAGAI USAHA UNTUK MEMBENTUK GENERASI YANG SEIMBANG DALAM ASPEK DUNIAWI DAN UKHRAWI. PROGRAM INI DIAKHIRI DENGAN JAMUAN MAKAN TENGAH HARI YANG MEMPERERATKAN UKHUWAH ANTARA SEMUA PIHAK YANG HADIR. SEMOGA PROGRAM INI MENJADI INSPIRASI UNTUK MELAHIRKAN LEBIH RAMAI GENERASI AL-QURAN PADA MASA AKAN DATANG.

LAGI
https://my20.awfatech.com/hira/content/news/newsf1_GSRIH137_1732154999.jpg

LAWATAN UNIVERSITI ISLAM NEGERI UIN SUNAN KALIJAGA, JOGJAKARTA INDONESIA KE SMITQ HIRA

LAWATAN UNIVERSITI ISLAM NEGERI (UIN) SUNAN KALIJAGA, JOGJAKARTA INDONESIA KE SMITQ HIRA’

ALHAMDULILLAH SYUKUR KE ATAS ILAHI KERANA PADA HARI INI, 19 NOVEMBER 2024, SELASA, SMITQH TELAH DILAWATI OLEH UIN SUNAN KALIJAGA, INDONESIA. MEMBINCANGKAN TENTANG KEPERLUAN, KEBAJIKAN, KESINAMBUNGAN DAN KEMUNGKINAN KERJASAMA DALAM ASPEK PENDIDIKAN DI ANTARA DUA INSTITUSI.

 

DELEGASI YANG DIKETUAI BUK IVA NANDYA, KETUA PROGRAM STUDI DAN BERSAMANYA BARISAN DOSEN (PENSYARAH) FAKULTAS FISIKA DARI UIN SUNAN KALIJAGA DISAMBUT DENGAN TANGAN TERBUKA.

 

TETAMU DIRAIKAN DAN MERAIKAN DENGAN AKTIVITI TIDAK DIRANCANG DALAM KELAS SAINS T2 YANG SEDANG BELAJAR TENTANG SISTEM SOLAR. MUALLIMAH ZAIFAH DAN MURIDNYA DIDATANGI DAN DIRAIKAN DENGAN HADIAH-HADIAH BAGI MENJAWAB SOALAN YANG DISEDIAKAN TETAMU.

SEMOGA PERBINCANGAN YANG BERJALAN DAPAT MEMBERIKAN MANFAAT BUAT KEDUA-DUA PIHAK KE ARAH MATLAMAT UTAMA INSTITUSI PENDIDIKAN.

 

LAGI
https://my20.awfatech.com/hira/content/news/newsf1_GSRIH137_1732154685.jpg

DAPATKAN EBOOK PERCUMA SMITQH

SEMPENA KEMPEN PENGAMBILAN SESI 2025/2026 KE SMITQH!

INSTITUSI PENDIDIKAN HIRA' MELANCARKAN EBOOK MENGENAI SMITQH.

 

KLIK PAUTAN DI BAWAH :

HTTPS://DRIVE.GOOGLE.COM/FILE/D/1NZ2R0OCUXITV1EC68KD0BV0IBOL-C--9/VIEW?USP=SHARING

LAGI
https://my20.awfatech.com/hira/content/news/newsf1_GSRIH137_1730778357.JPG

UCAPAN PERASMIAN MAJLIS MAKAN MALAM AMBANG 40 TAHUN HIRA

TERLEBIH DAHULU SAYA INGIN MENGUCAPKAN TERIMA KASIH KERANA SUDI MENJEMPUT SAYA UNTUK MEMBERIKAN SEPATAH DUA KATA DI DALAM BUKU CENDERAMATA INI.

SAYA INGIN MERAKAMKAN UCAPAN TAHNIAH KEPADA INSTITUSI PENDIDIKAN HIRA (IPH) YANG HAMPIR MEMASUKI EMPAT (4) DEKAT DALAM BIDANG PENDIDIKAN DAN MENJADI PELOPOR KEPADA PENDIDIKAN BERSEPADU BERMULA PADA ERA 1980AN SEHINGGA SEKARANG. HIRA TELAH MENJADI ANTARA INSTITUSI PILIHAN RAMAI UNTUK MELAHIRKAN GENERASI HARAPAN NEGARA, SOLEH WA MUSLEH. SYABAS DAN TAHNIAH KEPADA PIHAK PENGURUSAN INSTITUSI PENDIDIKAN HIRA, SEMUA PENGURUSAN SEKOLAH, GURU-GURU, STAF DAN IBU BAPA YANG TERLIBAT DALAM MENJAYAKANNYA.

INSTITUSI PENDIDIKAN HIRA MERUPAKAN PUSAT PENDIDIKAN YANG TERDIRI DARIPADA SEKOLAH RENDAH, SEKOLAH MENENGAH DAN MAAHAD TAHFIZ TERMASUK DALAM 60 RANGKAIAN SEKOLAH-SEKOLAH MENENGAH DAN RENDAH DI SELURUH MALAYSIA DI BAWAH NAUNGAN MUSLEH INTEGRATED EDUCATION BERHAD (MIEB).

PIHAK MIEB SENTIASA BEKERJASAMA RAPAT DENGAN IPH DALAM USAHA MENJAYAKAN DAN MEMBAWA PENDIDIKAN TERBAIK BUAT SEMUA. PIHAK MIEB JUGA KOMITED UNTUK MENJAYAKAN MISI MEMBANGUNKAN GENERASI YANG BERKEMAMPUAN MEMBANGUNKAN KEHIDUPAN DIRI, KELUARGA, MASYARAKAT DAN NEGARA KE ARAH SATU PERADABAN YANG SEJAHTERA DEMI KEBAHAGIAAN DI DUNIA DAN AKHIRAT.

MIEB PERCAYA IPH AKAN TERUS BERKEMBANG DAN SENTIASA BERUSAHA MELAKSANAKAN PROSES PENDIDIKAN TERBAIK DENGAN ASPEK PEMBELAJARAN YANG TERKINI.

BAGI PIHAK MIEB, SAYA MENDOAKAN IPH TERUS MAJU DAN CEMERLANG DEMI MELAHIRKAN GENERASI USWAH HASANAH.


JAZAKUMULLAH KHAIRAN KATHIRAN.


PROF DR. OMAR YAAKOB
PENGERUSI LEMBAGA PEMEGANG AMANAH
MUSLEH INTEGRATED EDUCATION BERHAD (MIEB)

LAGI
https://my20.awfatech.com/hira/content/news/newsf1_GSRIH137_1723175827.jpg

ANUGERAH KECEMERLANGAN SPM

KETIKA INI PENGETUA SMI HIRA' SEDANG MENGHADIRI PERSIDANGAN MAJLIS PENGETUA SEKOLAH MALAYSIA (MPSM) NEGERI SELANGOR YANG BERLANGSUNG DI HOTEL MUDZAFFAR, MELAKA, MULAI 5-7 OGOS 2024.
 
SMI HIRA' MERUPAKAN SATU-SATU NYA WAKIL TUNGGAL SEKOLAH SWASTA DAN SEKOLAH RANGKAIAN MUSLEH YANG DITERIMA MENGANGGOTAI MPSM DI PERINGKAT NEGERI DAN KEBANGSAAN.
 
MAJORITI PENGETUA SELANGOR DARI KESELURUHAN 285 BUAH SEKOLAH MENENGAH (SM) KPM BERKAMPUNG DI MELAKA YANG TERDIRI DARIPADA SBP, KTE, SMKA, SAM (SABK) DAN SM/SMK (SEKOLAH HARIAN).
 
DENGAN TEMA PERSIDANGAN, "KEPIMPINAN HOLISTIK PEMANGKIN PEMBUDAYAAN PENDIDIKAN MANUSIAWI", DAPAT MEMBERI INISIATIF DAN MEMBANTU MEMPERTINGKAT USAHA TRANSFORMASI SEKOLAH-SEKOLAH DI SELANGOR KHUSUS NYA AGAR LEBIH SERIUS DAN CAKNA MEMIMPIN SEKOLAH MEMBUDAYAKAN PENEKANAN KARAMAH INSANIAH DALAM BIDANG PENDIDIKAN.
 
ALHAMDULILLAH DAN TAHNIAH DIDEDIKASIKAN KEPADA SEMUA WARGA HIRA' ATAS KEJAYAAN SEKOLAH MEMPEROLEHI DUA ANUGERAH KECEMERLANGAN SPM PADA MALAM TADI. IA ADALAH MANIFESTASI KEPADA KESUNGGUHAN DAN KERJA KERAS SEMUA WARGA SEKOLAH, KHUSUS NYA PARA GURU YANG SANGAT KOMITED DAN BERDEDIKASI TINGGI MEREALISASIKAN MOTTO HIRA NO1 DAN HIRA' MEMIMPIN MENJADI KENYATAAN.
 
LEBIH TERHARU DAN SEDIKIT SEBAK APABILA TEPUKAN GEMURUH DARIPADA PARA PENGETUA NEGERI SELANGOR BILA NAMA SMI HIRA' DISEBUT DUA KALI KE PENTAS BAGI MENERIMA SIJIL PENCAPAIAN. ALHAMDULILLAH DAN SYABAS KEPADA SEMUA WARGA HIRA' MEMIMPIN.
 
LAGI
https://my20.awfatech.com/hira/content/news/newsf1_GSRIH137_1723083411.jpg

SMITQH MENERIMA LAWATAN DARIPADA YAYASAN DINAMIKA UMAT BOGOR INDONESIA

06 OGOS 2024 | SELASA SEMALAM, SMITQH TELAH DIHADIRI OLEH TETAMU DARI YAYASAN DINAMIKA UMAT, BOGOR, INDONESIA YANG DIWAKILKAN OLEH WAKIL SEKOLAH ISLAM DINAMIKA UMAT DAN SEKOLAH ISLAM FAJAR DIKETUAI OLEH DR K.H HASAN BASRI TANJUNG.

TUJUAN BERTAMU ADALAH UNTUK MELIHAT FASILITI DAN INFRASTRUKTUR SEKOLAH DAN JUGA MEMPELAJARI SEDIKIT SEBANYAK TENTANG KURIKULUM DAN EKSTRA KURIKULUM DARI SMITQH.

SEMOGA TUJUAN DICAPAI DAN JUGA MEMBERI BERKAT TETAMU KEPADA SMITQH ATAS KEHADIRAN MEREKA KALI INI. SEMOGA ADA KERJASAMA SELANJUTNYA PADA MASA HADAPAN ANTARA SMITQH DAN YAYASAN DINAMIKA UMAT IN SYAA ALLAH.

LAGI
https://my20.awfatech.com/hira/content/news/newsf1_GSRIH137_1721964104.jpg

KURSUS PEMANTAPAN PERKHIDMATAN BAGI BARISAN HADAPAN

25 JULAI 2024 | SELESAI SESI KURSUS PEMANTAPAN PERKHIDMATAN BAGI BARISAN HADAPAN YANG MELIBATKAN SEMUA JABATAN HIRA' (HN, SDSB, IPHB, PHSB, STC SRIH & SMITQH) YANG BERLANGSUNG SELAMA 2 HARI SEJAK SEMALAM.

LAGI
https://my20.awfatech.com/hira/content/news/newsf1_GSRIH137_1721100410.jpg

SEKOLAH ISLAM HIRA BERTARAF 5 BINTANG

13 JULAI 2024 | BAGI MENGHARGAI PERKEMBANGAN SERTA PENCAPAIAN INSTITUSI-INSTITUSI PENDIDIKAN IKRAM (IPI) YANG BERNAUNG DI BAWAH MUSLEH INTEGRATED EDUCATION BERHAD (MIEB) DALAM USAHA MELAHIRKAN INSAN RABBANI SERTA MEREALISASIKAN FALSAFAH PENDIDIKAN MUSLEH, MIEB TELAH MENGANJURKAN HARI ANUGERAH MUSLEH (HARUM) 2024 YANG TELAH BERLANGSUNG PADA SABTU LALU DI SINI.

MEMBAWA TEMA MURABBI UNGGUL PENERAJU REFORMASI PENDIDIKAN MUSLEH, ACARA YANG DIADAKAN DI PUSAT KONVENSYEN BANGI ITU TELAH DIRASMIKAN OLEH PEGAWAI TUGAS-TUGAS KHAS, KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA (KPM) YANG MEWAKILI YANG BERHOMAT MENTERI PENDIDIKAN MALAYSIA, DR. RADIN MUHD IMADUDDIN RADIN ABDUL HALIM.

SEKOLAH RENDAH ISLAM HIRA' KLANG DAN SEKOLAH MENENGAH ISLAM HIRA' TAMPIL UNGGUL MERAIH 5 BINTANG BAGI PENCAPAIAN SISTEM KUALITI IKRAM MUSLEH (SKIM). INSTITUSI PENDIDIKAN HIRA' JUGA INGIN MENGUCAPKAN TAHNIAH BUAT DUA ORANG MURABBI HIRA' YANG MENERIMA ANUGERAH GURU CEMERLANG SEMPENA HARUM'24 IAITU MUALLIM SUKRI (SRIH) DAN MUALLIMAH MADIHAH (SMIH).

     

BERITA PENUH : HTTPS://MUSLEH.EDU.MY/.../HARUM-2024-RAI-USAHA-DAN.../

LAGI
https://my20.awfatech.com/hira/content/news/newsf1_GSRIH137_1717554671.jpg

TAHNIAH MURABBI SMITQH DI ATAS PENCAPAIAN

5 MEI 2024 | SETINGGI-TINGGI UCAPAN TAHNIAH DITUJUKAN KHUSUS KEPADA SEMUA GURU SEKOLAH MENENGAH ISLAM HIRA, DENGAN IZINNYA TELAH BERJAYA MELONJAKKAN KEPUTUSAN SPM 2023 YANG TELAH DIUMUMKAN PADA 27 MEI 2023 LEPAS.

GABUNGAN PADU GURU-GURU, PENTADBIR, IBU BAPA DAN SEMUA PIHAK YANG TELAH BERSAMA-SAMA BERUSAHA MEMASTIKAN KEJAYAAN ANAK-ANAK SPM 2023 MEMBUAHKAN HASIL APABILA GRED PURATA SEKOLAH (GPS) DAPAT DITURUNKAN DARIPADA 3.57 PADA TAHUN 2022 KEPADA 2.86 TAHUN 2023. PENURUNAN SEBANYAK 0.71 MEBERIKAN LONJAKAN SAUJANA KEPADA SEKOLAH MENENGAH ISLAM HIRA.

“ORANG HEBAT BISA MELAHIRKAN BEBERAPA KARYA BERMUTU, TAPI GURU YANG BERMUTU DAPAT MELAHIRKAN RIBUAN ORANG-ORANG YANG HEBAT.
TERIMA KASIH GURU.”

#HIRAMEMIMPIN

LAGI

Page 1 of 7